Jam tepat menunjukkan pukul 5.23 petang . aku pack semua barang nak balik dari kerja . Luar ofis dah berdentam dentum bunyi guruh . Nak hujan la ni *berkata dalam hati . turun jer lif , tengok hujan da lebat . Ya Allah , aku sudah la tak bawa baju hujan . Almaklum lah , aku pergi balik kerja naik motor sahaja . Baru lepas SPM kan . tak mampu lagi ada kenderaan macam kereta ke apa . so aku pun pakai la jaket tebal *tak kalis air pun .
Aku teruskan jugak perjalanaan balik . aku bergegas hari ini sebab aku nak balik ke Rawang tapi sebelum tu aku kene balik ker rumah aku di Pantai Dalam . badan aku memang basah lencun sangat-2 . waktu dekat jalan berhadapan dgn Muzium Negara , tiba-2 angin hujan terlalu kuat sehingga kan motor yg aku tunggang dari lorong ke tengah ditolak ke lorong tepi . Angin terlalu kuat . Ya Allah aku bersyukur sangat-2 tak jadi apa-2 dekat diri aku. kereta memang laju je semua . Aku risau , jadi aku bagi signal dan berteduh dekat bawah jambatan . Aku orang ketiga yg berhenti .
Aku turun dari motor terus perah jaket tebal aku . banyak tu air . makin lama makin ramai berteduh . Ada satu saat , ttba pokok tumbang berhampiran aku . Jantung rasa nak pecah jer . Aku takut sangat . dugaan besar . Macam petanda je supaya aku tak balik Rawang sbb bahaya. da lama kemudian , aku buat keputusan redah jugak hujan . Alhamdulillah selamat smpai kat umah aku , Pantai Dalam .
Aku tak jadi balik rawang . Esok baru la aku balik , harap-2 hari tak hujan lah . Sekarang badan aku da panas ~ hermm demam la apa lagi . tambah pulak terkejut dengan kejadian hari ni .
No comments:
Post a Comment